ALIRAN AHMADIAH/QADIANI

 
 
 
 
 
 
 
 
Tarikh Keputusan: 
1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Kertas ini dikemukakan kepada Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' ( Fatwa ) Negeri Selangor untuk perakuan dan pengesahan mengenai keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Undang-undang / Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 25 November 1975 mengenai ajaran Ahmadiah / Qadiani. Oleh itu, pihak Jawatankuasa telah diminta mengeluarkan keputusan untuk mewartakan golongan ini berdasarkan Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989.
 
 
Keputusan: 

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti serta mengikut hukum yang mu"tabar dan mengambil keputusan seperti berikut:
Atas maksud pengwartaan Jawatankuasa Fatwa kali 4/98 memutuskan dan mengesahkan keputusan Jawatankuasa Undang-Undang / Fatwa 1975 iaitu :

Ajaran Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi dari ajaran agama Islam yang sebenarnya. Pengikut-pengikut ajaran Qadiani ini telah dihukumkan kafir oleh ulama"-ulama" Islam serata dunia. Jabatan Ugama Islam Selangor telah menghukumkan kafir kepada pengikut-pengikut Qadiani yang berpusat di Batu 20 Jeram, Kuala Selangor pada 15 disember 1953 setelah mereka dibicarakan di Istana Kuala Lumpur di hadapan DYMM Sultan Selangor serta beberapa oranmg alim ulama" di Negeri Selangor. Setiap orang yang telah menjadi penganut ajaran Qadiani adalah mereka telah Murtad (keluar dari Ugama Islam ) maka wajiblah dituntut mereka bertaubat kembali kepada Islam dengan mengikrar dua kalimah syahadat. Jika mereka enggan bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, maka hendaklah dibunuh akan dia oleh Imam yakni Raja. Mayatnya tiada boleh dimandikan, tiada boleh disembahyangkan dan tiada boleh ditanam di perkuburan orang-orang Islam. Lihat Khasyiah Bajuri ala Ibni Qasim juzuk (2) muka 258. Oleh kerana hukuman Islam ini tidak dapat dilaksanakan maka Jawatankuasa Fatwa ini mengesyorkan :

(i) Lucutkan mereka dari segala hak-hak Melayu kerana mereka sudah keluar dari erti Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan dibawah fasal 160 tafsir.

(ii) Tarik semula daripada mereka segala hak-hak Melayu yang telah diperolehinya seperti tanah 'Rizab Melayu' yang telah dimilikinya. Melayu ertinya seorang yang menganut agama Islam lazimnya bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat melayu.
 
Keterangan/Hujah: 
 
LATAR BELAKANG






1. Ajaran Qadiani di asaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani di India pada tahun 1889. Di Malaysia ia dipercayai bertapak pada tahun 1930an di Batu 20, Jeram, Kuala Selangor yang merupakan antara pusat aktiviti terbesar mereka. Pada 15 Disember 1953 telah diadakan perbahasan antara kumpulan ini dengan para alim ulama" di hadapan DYMM Sultan Selangor. Hasil perbincangan memutuskan pengikut ajaran Qadiani tidak diiktiraf sebagai orang Islam malah terkeluar dari Islam.

2. Ekoran dialog tersebut, perkembangan mereka semakin lumpuh sehingga kini hanya satu pusat iaitu No 11A, Jalan Nakhoda Kanan, Kampung Nakhoda Batu Caves Selangor yang masih bergerak aktif mengadakan aktiviti seperti solat Jumaat, Perhimpunan Antarabangsa dan penerbitan risalah.

3. Antara ciri-ciri ajaran Qadiani ialah :

a) Mirza Ghulam Ahmad mendakwa :

(i) Sebagai Nabi menerima wahyu
 
(ii) Imam Mahdi
 
(iii) Isa al-Masih
 
(iv) Mempunyai mukjizat
 
(v) Para Nabi menyaksikan dirinya
 
(vi) Malaikat sebagai pancaindera Tuhan


b) Ibadah Haji di Qadiani, India

c) Menafikan Jihad

d) Mengubah ayat-ayat al-Quran

11 comments:

  1. Fitnah je semua yang awak tulis

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertaubatlah dan carilah kebenaran .. adakah anda pengikut kumpulan ini ?

      Delete
    2. ya, saya salah seorang anggota dalam Ahmadiya. Kerana saya seorang ahmadi muslim saya tahu semua ini tidak benar.

      Delete
    3. BOLE TUAN CERITAKAN APA YG BETUL DAN APA YG SALAH ? MUZAKARRAH ITU BOLE MENYELESAIKAN BANYAK KEKUSUTAN

      Delete
  2. Replies
    1. YE .. SEMUA FAKTA DARI SUMBER YANG SAH DAN JELAS

      Delete
  3. Betul ke saya dapat info di kampung nakhoda kanan selayang batu cave mempunyai dua buah masjid yg berdekatan antara satu sama lain...dan apabila kedua dua buah masjid melaungkan azab... pada masa yg sama suara azan akan berlaga memandangkan jarak kedua masjid sangat berdekatan antara satu sama lain....dan mengikut info yg diterima...salah satu masjid tersebut adalah dari pengikut ajaran qadiani..kalau benar info tersebut...kenapa ajaran ini tidak dibendung oleh jais malaysia agar tidak merebak diseluruh negara...

    ReplyDelete


  4. Untuk renungan ajk celik agama

    Apakah mazhab Ahli Sunnah lebih tinggi dari al-Qur'an?

    Bismillahir Rahmanir Rahim

    https://keep.line.me/s/Dg9O1W5x3CyZh7KgLGITVNEy18cV76dX3C1YwDN9MQI


    Web: almawaddah.info

    Salam wa rahmah

    Kepada;

    Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.

    Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan

    Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic". Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan
    Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin..?
    Terima kasih wa 'afwan.

    Daripada;
    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
    Kuala Lumpur
    Malaysia.



    .

    ReplyDelete
  5. BANDAR SLOT ONLINE INDONESIA

    Judi slot yang biasanya dimainkan melalui mesin slot yang terdapat dikasino kini bisa dimainkan dimana saja dan kapan saja diinginkan. Lewat Slot online, semuanya bisa dimainkan melalui salah satu situs judi online yang telah menjalin kerja sama dengan provider slot online. Di Indonesia sendiri, salah satu situs judi online yang telah melakukan kerja sama dengan berbagai provider slot online adalah ZEUSBOLA.

    Tentunya anda sudah sangat famaliar dengan Slot Online seperti Slot88, Pragmatic Play, Habanero Slot, RTG Slot, PG Soft ataupun Microgaming. Provider Slot Online tersebut merupakan game slot online yang paling diminati oleh para pemain di Indonesia bahkan seluruh dunia.

    Bonus HOT di indonesia adalah
    - Bonus new member
    - Bonus harian
    - Bonus referral
    - Bonus cashback
    - Bonus reward level akun
    - Bonus freechip poker setiap 2 hari

    Deposit bisa mengunakan via pulsa,ovo dan rekening bank.

    WHATSAPP :+62 822-7710-4607
    TELEGRAM :@zeusbola
    FACEBOOK :zeusbolame
    INSTAGRAM :@zeusbola.official
    TWITTER :@zeusbola


    ReplyDelete