KUMPULAN TAL TUJUH/JUBAH HIJAU



 

 

FATWA KEBANGSAAN 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah membincangkan Kumpulan Tal Tujuh. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Berdasarkan kajian dan penelitian yang telah dibuat, Kumpulan Tal Tujuh didapati berpegang kepada ajaran dan fahaman yang menyeleweng dari syariat Islam. Diantara ajaran mereka ialah:
  • Mengaku dan mendakwa mendapat Ilmu Laduni;
  • Mengaku mereka mendapat Kasyaf;
  • Membuat keputusan sesuatu hukum berdasarkan mimpi dan mendakwa boleh menta'bir segala  mimpi dengan tepat;
  • Mendakwa amalan haji yang dilaksanakan sekarang tidak betul dan tidak sah;
  • Pengikut tidak dibenarkan berkahwin selain daripada sesama pengikutnya sahaja;
  • Ahli-ahli yang keluar daripada kumpulan ini dianggap murtad rohaniah;
  • Ahli-ahli yang tidak mengikut arahan hendaklah diperangi dan dipulaukan; dan
  • Ahli-ahli yang menentang, halal darahnya.
Berdasarkan penyelewengan-penyelewengan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa ajaran dan fahaman yang dibawa dan dipegang oleh Kumpulan Tal Tujuh adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.

PostPost subject: Kumpulan Jubah Hijau / Tal Tujuh
Posted: Sun Nov 22, 2009 11:18 pm
Reply with quote

Fatwa Mengenai Ajaran Kumpulan Abdullah Bin Mohammad Syarif, Tal Tujuh, Pasir Mas
SUMBER : PORTAL FATWA JABATAN MUFTI NEGERI KELANTAN

Huraian
Merujuk kepada huraian dan keterangan tajuk/isu secara terperinci 1. Abdullah bin Muhammad Syarif telah mengasaskan kumpulan ini sekitar tahun 1971 iaitu dengan mengadakan kegiatan-kegiatan ibadat, berzikir dan amalan tasawuf. Pada peringkat awalnya kumpulan ini dikenali oleh penduduk setempat dengan panggilan Kumpulan Dakwah Jubah Hijau ( kerana kesemua ahli lelaki berpakaian jubah berwarna hijau )

Tetapi ahli kumpulan ini menamakan kumpulan mereka dengan nama Persatuan Ar-Rahmaniah ( bersamaan dengan masjid Ar-Rahman Jalan Pantai Baru Kuala Lumpur ) berhampiran dengan Universiti Malaya) di masjid inilah mereka mula-mula mengasaskan kumpulannya dan menjadikan Masjid Ar-Rahmaniah sebagai markaz utamanya.

2. Mulai tahun 1973, mereka telah memindahkan markaz kegiatan ke kampong Tal Tujuh, Pasir Mas, Kelantan. Bermula dari waktu itulah, kumpulan ini dikenali dengan nama Kumpulan Dakwah Jubah Hijau, atau Kumpulan Tal Tujuh atau Jemaah Dakwah atau Jemaah Dakwah dan Kebajukan Tal Tujuh Pondok Hutan Pasir. Nama terkini ialah al-Madrasah Ihsaniah Hutan Pasir.

3. Kegiatan Kumpulan Tal Tujuh:

i. Pendidikan

a) iaitu melalui sistem pengajian berbentuk ala sekolah pondok.
b) Melalui kuliah-kuliah dan ceramah agama.
c) Mengamalkan zikir secara induvidu dan kumpulan

ii. Perusahaan barangan secara kecil-kecilan

a) memproses makanan seperti mi,kuih teow, sos cili,sos tomato dan lain-lain.
b) Memproses makanan ringan
c) Membaik pulih bateri kenderaan
d) Membuat roti
e) Perusahaan batu bata
f) Jahitan pakaian

iii) Ternakan

a) ternakan ikan air tawar
b) ternakan ayam dan kambing

4. Amalan dan ajaran kumpulan tal tujuh

i) Kategori ajaran kumpulan tal tujuh:

- mereka mengamalkan perkara keakhiratan dan menolak cara hidup bermasyarakat dengan orang ramai. Mereka mengasingkan diri daripada masyarakat tempatan.

- melaksanakan amalan-amalan zikir dengan sebanyak-banyaknya terutamanya selepas solat.

- Mengutamakan amalan sunat seperti berpuasa sunat, solat sunat seoperti solat tajajud dan lain bersangkutan dengan alam kerohanian

- Menanamkan sikap bahawa seseorang itu hendaklah meninggalkan jawatan sekiranya bekerja dengan kerajaan atau swasta kerana dianggap perkara itumelalaikan daripada mengingati Allah dan

- Menganggap bahawa sistem pentadbiran yang ada sekarang samada dalam bidang pendidikan,ekonomi,politik dan social adalah bertentangan dengan Islam dan mesti ditinggalkan.

5. Kegiatan yang bercanggah dengan cara hidup bermasyarakat dan dasar negara. Kumpulan ini didapati telah mewujudkan beberapa masalah yang bertentangan dengan Islam, cara hidup masyarakat tempatan dan undang-undang negara iaitu:

i). Bidang pendidikan

- menganggap bahawa sistem pendidikan negara ini adalah bersifat sekular dan bertentangan dengan ruh Islam. Oleh itu para pelajar perlu meninggakan pelajaran masing-masing dan meyertai kumpulan ini.
- Pusat pengajian mereka di kampong tal tujuh, Pasir Mas, Kelantan tidak mematuhi akta pendidikan 1996, seperti kurikulum tidak mematuhi syarat yang ditetapkan dan sebagainya
- Anak-anak kumpulan mereka tidak dihantar disekolah-sekolah yang diiktiraf oleh kerajaan dan
- Guru mereka tidak mempunyai kelayakan dan tauliah daripada pihak berkuasa.

ii) Bidang Perusahaan dan Perniagaan

- Pekerja tidak di bayar upah atau gaji mengikut kadar pekerjaannya.
Setiap pekerja hanya diberikan sara hidup mengikut keperluannya sahaja. Serupa dengan sistem ma asi yang diamalkan dalam bekas kumpulan a;-Arqam.
- gaji pekerja tidak dicarumkan dalam kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) dan
- staf pekerja tidak dilindungi dengan caruman insurans ( PERKESO)

iii) Terputus hubungan kekeluargaan
- ibu bapa yang tidak sealiran atau membantah penglibatan anaknya dengan kumpulan ini, akan dipulaukan oleh kumpulan itu dan anak tersebut juga akan memutuskan hubungan kekeluargaannya dengan keluarganya dan
- mereka menganggap bahawa menuntut ilmu ditempat tersebut lebih baik daripada menghormati kedua ibu bapa dan keluarga ( sekiranya keluarga tersebut menghalang penglibatan mereka dalam kumpulan tersebut. Ketua dan ahli kumpulan merestui keadaan sedemikian.

iv) Dakwaan menyeleweng wang ahli

Beberapa orang bekas ahli memberitahu bahawa Abdu Muhammad syarif telah mengambil sejumlah wang mereka untuk berniaga atau untuk tujuan laintetapi kemudian diseleweng untuk tujuan yang tidak diketaui. Antara mereka yang terlibat ialah Rosliah binti binti Muhammad bersama suaminya A.Muhammad Zin. Perkara ini dimaklumkan bagi tujuan mendapatkan bantuan berkaitan dengan kesnya dimahkamah.

v) Perkembangan terkini Ajaran Kumpulan Tal Tujuh

Perkembangan terkini mendapati pengikut kumpulan ini dianggarkan 40 orang. Abdullah Muhammad Syarif masih menjadi ketua dan masih menyebar beberapa pandangan berkaitan agama. Penyelewengan kumpulan ini dari dahulu hingga sekarang masih tidak berubah. Penyelewengan ini ialah dalam aspek akidah, syariah dan umum seperti berikut:

a) Aspek akidah:

i) Abdullah Muhammad Syarif mengaku dan mendakwa mendapat ilmu
laduni iaitu ilmu terus daripada Allah.

Ulasan
:
Perkataan laduni sebenarnya disandarkan kepada ladun bermakna dari sisi.
Bagaimanapun kedudukan orang yang mendakwa memperolehi ilmu dari
Sisinya telah dicela dengan keras oleh Allah kerana menyandarkan kepada
dirinya sesuatu yang bukan dating dari sisinya.

Dakwaan sebsgini seolah-olah meganggap bahawa wahyu masih berterusan
Sedangkan wahyu sudah terhenti dengan penurunan surah al-maidah.

ii) Abdullah Muhammad Syarif tidak menafikan dakwaan pengikutnya bahawa
dia seorang yang mempunyai kasyaf.




Ulasan:

Mengikut pendapat al-jarjaani didalam kitab at-ta’arifat bahawa kasyaf ditakrifkan sebagai menyingkap maklumat disebalik hujabyang berupa perkara-perkara ghaib dan perkara-perkara yang benar-benar ada. Dakwaan mengetaui perkara-perkara ghaib adalah bertentangan dengan al-quran.

iii) Abdullah sentiasa membuat keputusan hanya berdasarkan kepada mimpi-
mimpinya. Dia mendakwa boleh menta’bir segala mimpi dengan thiqah.

Ulasan:

Mimpi tidak boleh diambil kira sebagai hujah syarak dan tidak boleh dijadikan
Hujah bagi menunjukkan harusnya melakukan atau meninggalkan sesuatu
Perbuatan atau menunjukkan sesuatu tegahan atau perkara sunat. Ini kerana
Ini kerana syarak telah menetapkan dalil yang menjadi sumber hukum hanya
lah al-quran, al-sunnah, ijmak dan qias.

Perkara ini adalah selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-36 pada 15
Disember 1994 yang bersetuju bahawa mimpi orang awam bukan hujah terhadap
Sesuatu hukum atau sesuatu berita atau sesuatu kenyataan.

b) Aspek Syarieyyah

i) Mendakwa mengerjakan ibadat haji tidak wajib dan mengamalkan seperti
yang ditetapkan dalam Islam sekarang ini adalah tidak sah.

Ulasan:

Kenyataan ini secara jelas bertentangan dengan al-quran dan hadis nabi
S.A.W ia juga mengingkari hukum yang termasuk dalam “ al-ma’lum
minad din bid dharurah iaitu hukum yang qatie tanpa sebarang keraguan.

ii) Pengikut tidak dibenarkan berkahwin selain dengan pengikutnya sahaja
Pengikut-pengikut yang hendak berkahwin mestilah mendapat kebenaran
Ketuanya ( Abdullah ) terlebih dahulu

Ulasan :

Seseorang muslim dibenarkan berkahwin dengan mana-mana perempuan yang halal baginya berdasarkan firman Allah didalam surah an-nisa’ayat 3.




c) Aspek Umum

i) ibu bapa tidak merestui penglibatan anaknya dengan kumpulan ini akan terputuslah hubungan kekeluargaan antara mereka.


Ulasan:

Kumpulan ini mengutamakan jemaah mereka lebih daripada ibu bapa dan keluarga sendiri. Ini jelas jika dilihat dengan sikap ahli diperkampungan mereka yang memisahkan diri mereka daripada ibu bapa masing-masing serta tidak menghormati mereka. Sikap itu terang-terangan membelakangkan kewajipan mentaati dan menghormati ibubapa sebagaimana firman Allah surah al-Isra’
ayat 23

ii) Ahli-ahli yang keluar daripada kumpulan ini dianggap murtad rohaniah.

Ulasan:

Murtad bermaksud memutuskan Islam (Islam Asal) kembali dari agama Islam kepada kufur ( Mualaf) Boleh berlaku melalui:

- Iktiqad
- Perkataan
- Perbuatan

Oleh itu murtad rohaniah merupakan Istilah baru yang dicipta oleh kumpulan
dengan tujuan hendak mengikat ahli-ahlinya agar tidak keluar dari kumpulan

iii) Setiap arahan pemimpin yang dikeluarkan haruslah dipatuhi. Kegagalan
Kegagalan mematuhi setiap arahan dianggap sebagai pengkhianat kepada
Kumpulannya dan ianya hendaklah diperangi atau dipulaukan.

Ulasan:

Sikap menekan pengikut dan mengikat pengikut ini sama dengan apa yang
dilakukan oleh bekas kumpulan al-Arqam. Ianya adalah salah satu gejala
nelampau. Sikap melampau adalah bertentangan dengan sikap adil dan sederhana
yang dituntut dalam Islam seperti firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 143

Disamping itu sikap taksub kepada guru ini juga mengundang bahaya kerana
seolah-olah menjadikan diri guru sebagai nabi yang ma’sum dan perkataannya
seperti firman yang diturunkan yang menyebabkan guru dianggap benar dalam
apa hal sekalipun. Hal ini sama dengan apa yang pernah berlaku dalam kumpulan
al-Arqam. Ijma’ Ulamak telah sepakat bahawa mana-mana pendapat selain nabi
nabi Muhammad boleh diambil atau ditinggalkan.

iv) Sesiapa menentangnya ( Abdullah) halal darahnya dan perlu diperangi

Ulasan:

Sesungguhnya Islam menetapkan bahawa hak untuk menghalalkan atau
mengharamkan sesuatu adalah hak mutlak Allah sahaja. Hak ini tidak
tidak diberikan kepada mana mana induvidu walau apapun kedudukan

Sesiapa yang melakukannya sesungguhnya dia telah melampaui batas
Dan telah menceroboh hak rububiyyah Allah Subhanahu Wataala dalam
Mentashyri’kan hukum.

v) Pengikut tidak dibenarkan menuntut ilmu dengan guru lain tanpa kebenaran.

Ulasan:

Sistem pendidkan kumpulan ini mempunyai matlamat memupuk sikap taksub kepada pemimpinnya sekaligus menyifatkan konsep pendidikan dalam Islam.

vi) Pengikut kumpulan ini berkeyakinan suatu hari nanti, kumpulan mereka akan memerintah dunia dan dapat menguasai segala harta kekayaan yang ada.

Ulasan:

Dakwaan ini adalah bertentangan dengan agama kerana hamya Allah Subhanahuwataala sahaja yang mengetaui perkara akan datang.

d) Ketua (Abdullah) menanam kefahaman kepada pengikut agar mengutamakan cara kehidupan kesufian dan mengabaikan hal-hal keduniaan seperti urusan ekonomi, politik dan sosial. Dunia dianggap perkara yang melalaikan yang menjauhkan seseorang daripada mengingati Allah Subhanahu Wataala. Kumpulan ini juga menganggap kehidupan dunia hari ini penuh dengan kezaliman dan kemaksiatan. Oleh itu mereka perlu mengasingkan diri daripada masyarakat dan membina kehidupan dalam kumpulan mereka sahaja iaitu hanya menitikberatkan soal-soal keakhiratan semata-mata.

Ulasan:

Islam adalah agama yang sempurna yang mencakupi dunia dan akhirat. Dalam hal ini Islam menyeru umatnya mencari kebahagian akhirat tetapi dalam masa yang sama tidak mengabaikan kehidupan didunia.

1 comment:

  1. Itu gamabr kumpulan tal tujuh ker..
    macam ahli jawantankuasa masjid jer.( tak ramai pun)

    ReplyDelete