FATWA KEBANGSAAN
Tarikh Keputusan:
29 Mar, 2004
Keputusan:
1. Bahawa Ajaran Abdul Rahim bin Abdul Razak didapati bertentangan
dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran
Islam.
2. Bahawa mana-mana kumpulan atau orang perseorangan yang berpegang
dan mengamalkan ajaran Abdul Rahim bin Abdul Razak wajib bertaubat.
Satu laporan telah dipaparkan oleh sebuah
akhbar tempatan Harian Metro bertarikh 18.7.2008 dengan tajuk ( MINUM
AIR MANDI KETUA ) Dalam berita tersebut telah dipaparkan beberapa kisah
yang telah memberikan gambaran betapa ajaran sesat berkenaan telah
betul-betul terpesong! Dalam perkara ini telah banyak laporan yang
dibuat kepada pehak berkuasa JAWI, JAKIM dan laporan dan aduan yang
dibuat seolah-olah mencurah air kedaun keladi.
2. Saya sangat-sangat terkilan dan berasa
amat sedih kerana walau pun laporan serta berita akhbar telah dibuat
namun pehak berkuasa berkenaan lansung tidak mengambil apa-apa tindakan
dan perkara itu senyap begitu sahaja.
3. Beberapa tahun dahulu pengasas ajaran
tersebut pernah didakwa di Mahkamah Syariah, Kuala Lumpur atas tuduhan
mengaku sebagai Nabi dan mengutip zakat dan dikenakan ikat jamin
sebanyak RM 15,000 sehingga ketarikh perbicaraan, namun kes tersebut
senyap begitu sahaja. (May be something fishy is going on atau pehak
berkuasa tersebut tidak ada ” jantan “nya!) WallaHu Alam!
4. Oleh
kerana menyangkakan kes guru tersebut telah selesai pengikut ajaran
tersebut menganggap guru mereka adalah kebal dari undang-undang dan
mempunyai kuasa luar biasa atau mukjizat seorang nabi! Maka pengikut
ajaran tersebut bertambah-tambahlah taksub mereka dan apabila cerita
mereka tersiar dalam ahkbar mereka tidak mengendahkan kerana mereka
didapati terus menjalankan ektiviti mereka tanpa ada perasaan gusar
kerana yakin mereka kebal dari undang-undang. Malah mereka telah buat
“renovation” keatas bangunan markas mereka dengan lebeh terlindung lagi
dari orang luar.
5. Saya merasa amat kuatir pengikut
ajaran sesat ini akan menjadi lebih besar jumlahnya dan akan ramailah
lagi warga kita yang akan terpesong akidahnya. Berkemungkinan satu lagi ” Kerajaan Langit ” akan ujud! Pada
ketika ini selain dari balu Abdul Rahim ada 4 orang kanan pengikutnya
yang amat setia bersama-sama menjalankan aktiviti ajaran sesat ini dan
mereka dikenali sebagai:
-
Normadiah.
-
Rathieah
-
Asmaiah
- Komek
Setelah kematian pengasasnya Abdul Rahim murid kanannya iaitu Normadiah dan Rathieah serta Asmaiah meneruskan aktiviti ajaran sesat ini di No.8, Jalan 8/26 Taman Seri Rampai 53000 Setapak, Kuala Lumpur dan Komek
telah membuka cawangan baru di No.36B, Jalan Medan Idaman off Jalan
Gombak, 53100 Kuala Lumpur dan berselindung disebalik Pusat Tuisyen
Hijrah.
6. Dalam pengamatan saya segelintir dari
mereka lebih kurang 20 lelaki dan 20 perempuan yang bukan muhrim tinggal
didalam rumah tersebut termasuklah janda, duda dan beberapa isteri
orang yang lari meninggalkan suami mereka dan kita boleh bayangkan apa
yang boleh berlaku jika beada dalam keadaan demikian! Mungkin mereka
boleh bertukar-tukar pasangan siapa tahu? Mereka ini membawa anak-anak
kecil mungkin untuk melindungi atau mengaburi kegiatan mereka yang
nampak seperti menga-dakan kenduri dan pada jam 3 pagi kanak-kanak
tersebut akan tertidur diserambi rumah dan apa pun boleh mereka lakukan!
7. AJARAN DAN AKTIVITI YANG PERLU DIPATUHI OLEH PENGIKUT
-
Sentiasa berzikir dalam hati sehingga mencapai satu tahap/makam yang membolehkan ahli tersebut tidak lagi perlu solat fardu 5 waktu.
-
Setiap hari menyucikan diri dengan mandi air yassin.
-
Memperakukan jemaahnya adalah pilihan Allah.
-
Memperakukan guru adalah sebagai Nabi dan Rasul Allah.
-
Kalam guru adalah kalam Allah.
-
Untuk mengingati Allah haruslah membayangkan wajah guru.
-
Memerintahkan pengikut memberi zakat tahunan kepada guru dan mesti juga memberi zakat pendapatan setiap bulan.
-
Meminta pengikut membayar dam RM 117 untuk menyuci dosa.
-
Membayar RM 1.50 kepada guru sebagai fidyah untuk satu waktu sembahyang fardu yang ditinggalkan.
-
Pengikut tidak dibenarkan bercampor gaul dengan orang yang bukan ahli kerana mereka yang tidak menjadi ahli adalah kafir.
-
Pengikut tidak dibenarkan ke masjid atau surau untuk bersembahyang jemaah kerana solat pengikut lebeh tinggi darjatnya dari solat ahli jemaah dimasjid dan dimasjid tempat banyak berkumpul syaitan!
-
Pengikut tidak perlu pergi Umrah sebaliknya diarah pergi kekolam ikan di Melaka selama 2-3 hari dah cukup sebagai Umrah.
-
Pengikut tidak perlu pergi menunaikan haji ke Makkah kerana berada dimarkas mereka di Seri Rampai, Setapak beberapa kali sudah disahkan sebagai telah menunaikan haji.
-
Pengikut mestilah menyambut Hari Raya Aidil Fitri atau Aidil Adha di markas bersama guru mereka kerana pada hari tersebut semua Nabi dan Rasul serta malaikat Jibrail akan turun kemarkas mereka untuk berhari raya dengan mereka.
-
Pengikut wanita yang setia akan dilantik sebagai ” Ibu Mukmin” dan mereka yang telah mendapat darjat ini dijanjikan akan menjadi dayang-dayang di surga.
8. CARA-CARA MEMPERDAYAKAN WANITA UNTUK MENJADI IBU MUKMIN
-
Wanita yang kebanyakannya cetek dalam ilmu ugama akan di- ” Serang ” dengan kata-kata dari tafsiran Al Quran yang telah diselewengkan dari makna yang sebenar dan dengan itu wanita tersebut akan menjadi ketakutan.
-
Apabila mendapati wanita itu terlah terkedu maka jarum pun dijalankan dan dengan tipu helah maka wanita itu akan tersungkur dan menurut apa saja yang diarahkan.
-
Wanita-wanita ini akan disuruh berzikir setiap waktu.
-
Dipaksa dalam rela mengurung diri mereka dalam markas tersebut.
-
Ditenggah menghubungi mereka yang bukan ahli samada kawan, saudara, adik beradik, ibu bapa waimmah suami atau isteri kerana mengganggap mereka semua adalah kafir.
-
Wanita-wanita ini jika bersuami akan disuruh meminta cerai dari suami mereka jika suami enggan menceraikan mereka, mereka boleh meninggalkan suami mereka kerana pernikahan mereka yang lalu tidak lagi sah kerana suami yang bukan ahli adalah kafir.
-
Mereka dikehendaki menyumbang wang ringgit atau harta benda kepada guru mereka sehingga habis semua duit simpanan dan ada yang menghabiskan wang simpanan Tabung Haji yang suatu mas dulu diniatkan untuk digunakan sebagai belanja menunaikan haji.
-
Ada wanita yang telah terperangkap dan tidak keluar dari markas mereka bertahun-tahun dan telah putus hubungan dengan saudaramara.
-
Setelah wanita ini betul-betul taksub maka mereka akan dilantik menjadi ” Ibu Mukmin ” yang dijanjikan sebagai dayang-dayang di syurga dan tugas mereka adalah mencari ahli-ahli baru yang akan dijadikan mangsa baru pula.
-
Pernah berlaku seorang dari wanita ini bernama Dr.Zahidah telah meninggal dunia dan jenazahnya telah dikuburkan tanpa memaklum kepada kaum keluarganya.
-
Ahli-ahli akan belajar tafsir Al Quran hanya pada ayat-ayat yang dapat menyenangkan pergerakan mereka. Ayat-ayat yang ada bersangkut paut dengan rukun islam yang lima diketepikan!
-
Kedua-dua pintu pagar rumah tersebut sentiasa berkunci dengan rantai dan akan dibuka oleh seorang pengawal jika ada ahli yang ingin keluar atau masuk. Kemuskilan: Jika kegiatan mereka ini berlandaskan agama mengapa mereka mesti takut? Perompak? Pencuri? Jumlah mereka melebehi 50 orang! Kita boleh agak mengapa mereka takut!
-
Kebiasaannya kegiatan begini memang sukar untuk dibuktikan kerana ketiadaan saksi dan bukti yang releven! Kerana mereka yang telah keluar dari ajaran tersebut tidak mahu menampilkan diri kerana akan dianggap penghianat! Maka tindakan yang paling berkesan adalah seperti berikut:
-
Apabila serbuan dibuat tahan kesemua mereka dan dibawa kepejabat yang berkuasa untuk disoal siasat.
-
Sebelum soal siasat mereka ini harus diasing antara satu dengan yang lain supaya mereka tidak dapat berpakat atau berbincang cara untuk menjawap soalan terutama mereka yang masih remaja.
-
Tahan ketua mereka dan dakwa dia atas tuduhan mengajar agama tanpa tauliah atau dibawah akta menghasut.
-
Dakwa mereka atas tuduhan bersekedudukan atau berkhalwat.
-
Tutup dan sita rumah tersebut sehingga selesai perbicaraan.
-
12. Saya ingin mempersoalkan kewibawaan
JAKIM dan JAWI dalam isu menangani ajaran sesat ini, kemanakah
kebijaksanaan mereka? Mengapa mereka selalu melewat-lewatkan sesuatu
tindakan? Laporan akhbar telah disiarkan pada 18.7.2008 tetapi sehingga
kini tiada sebarang tindakan yang diambil! Adakah mereka mahu ajaran
sesat ini berkembang besar baru mahu mengambil tindakan? Apakah punca
kelembapannya? Mungkin mereka yang menerajui JAKIM/JAWI sememangnya
tidak layak menerajuinya! Ini kerana perkara yang begini senang
diselesaikan pun sukar untuk diuruskan! (Mungkin kalau anak atau isteri
mereka yang terbabit barulah mereka nak bertindak) Sekiranya mereka
tidak mampu melaksanakan tanggung jawab mereka maka, adalah lebih baik
mereka meletakkan jawatan dan biar mereka yang benar-benar layak
menerajuinya! Saya rasa JAIS lebeh “Jantan” dari JAWI.
13. Dari segi undang-undang kita
mempunyai banyak cara untuk membendung ajaran sesat ini tetapi mengapa
pehak berkuasa tidak dapat menggunakan budi bicara mereka yang dikatakan
arif itu? Sama ada berhimpun secara haram atau menghasut orang islam
supaya mengikut fahaman mereka yang anti hadis ini. Dengan menyoal
siasat mereka satu persatu barulah kita mendapat bukti-bukti
penyelewengan mereka yang benar-benar anti hadis! Oleh itu pehak yamg
berkuasa haruslah ada komitmen yang tinggi, ketegasan dan keberanian
bagi melaksanakan tugas dan tanggung jawab mereka bukan sekadar
mengistiharkan sesuatu ajaran sesat itu haram tetapi mengambil tindakan
yang tegas kepada sesuatu ajaran sesat secara segera, pengikut ajaran
sesat ini jika sabit kesalahannya maka mereka haruslah dihukum penjara
mandtori satu tahun dan menjalani kaunseling dari masa kesemasa dan bagi
guru yang mengajar ajaran sesat pula dikenakan hukuman penjara
mandatori 3 tahun dan dikenakan buang daerah selama 3 tahun, dan satu
akta baru haruslah diujudkan seperti:
-
Mereka yang mengajar agama atau mengaji/mentafsir Al-Quran mestilah mendapat tauliah dari Pejabat Ugama.
-
Semua tempat atau kelas agama mestilah didaftarkan. sekiranya tidak didaftarkan maka bangunan/rumah yang digunakan sebagai kelas agama itu disita dan dirampas.
jika hukuman begini dilaksanakan sudah
tentu mereka yang ingin dan mahu memulakan satu ajaran sesat yang baru
akan merasa takut! Dan dengan itu dapatlah kita membendung kemunculan
ajaran sesat yang lain, dengan itu juga mereka tidak akan
memperlekeh-lekehkan pehak berkuasa jabatan agama yang berkenaan.
14. Dengan apa yang diterterakan diatas,
saya berharap mereka yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas
dalam bidang ini dapat menggunakan kebijaksanaan mengambil tindakan
menggesa dan mendesak pehak JAKIM/JAWI menjalankan operasi bagi
membenteras kegiatan ajaran sesat ini dengan seberapa segera! Saya yakin
sekiranya anda melihat sendiri keadaan markas tersebut sudah tentu akan
merasa sedihdan sayu kerana terdapat ramai kaum wanita yang terjerumus
dan tertipu dengan memberikan harta dan wang ringgit mereka kepada ketua
atau guru mereka. Mereka yang arif dalam ilmu ugama seharusnya sedar
yang mereka akan dipertanggongjawabkan diakhirat kelak kerana telah
tidak melaksanakan tugas-tugas mereka yang telah diamanahkan dengan
mendiam atau membiar sahaja perkara penyelewengan ugama ini dilakukan
dihadapan mata mereka sendiri. Na’uzubillah.
15. Negara mempunyai undang-undang dan
kita sebagai rakyat harus patuh kepada rukun negara tetapi sayang mereka
yang memegang undang- undang dan penguasanya tidak melaksanakan
tanggung jawab yang diamanahkan, mestikah mereka menanti sehingga
kumpulan ajaran sesat ini berkembang menjadi “Al Arqam Kedua ” tidakah
mereka berasa bersalah atau berdosa kerana membiarkan ajaran sesat ini
berterusan sehingga telah menjangkau puluhan tahun lamanya dan kini
sedang mengembangkan pengaruh serta sedang membina satu lagi “Kerajaan
Langit ” dan bilakah mereka mahu membuka mata dan minda mereka? Dan
bilakah agaknya mereka akan bertindak untuk menghapuskan ajaran sesat
yang meruntuhkan akidah orang islam Perpatah ada menyatakan api itu
lebeh senang dipadamkan jika ia masih kecil tetapi apabila ia telah
marak dan menyala-nyala bukan sekadar sukar memadamnya tetapi akan
mengorbankan jiwa!
16. Kalau dikaji kita sudah cukup
mempunyai undang-undang atau akta bagi melaksanakan penguatkuasaan
undang-undang tetapi sayang orang yang berkuasa melaksanakannya
seolah-olah tidak tahu atau sengaja tidak mahu melaksanakannya dan
nyatalah bahawa mereka itu sememangnya tidak layak memegang jawatan
berkenaan. ( Barangkali mereka cuma minat kepada kes-kes khawat atau
beli empat nombor ekor sahaja kot?)
17. Mereka-mereka yang terlibat dengan dengan ajaran sesat ini boleh didakwa mengikut:-
-
Akta 559
-
Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan ) 1997 Bahagian II – Kesalahan Yang Berhubung Dengan ‘Aqidah
Seksyen 4. Doktrin Palsu.
Seksyen 5. Mengembangkan Doktrin Ugama, Dsb.
Seksyen 6. Dakwaan Palsu.
Seksyen 8. Mempersendakan, Dll. Ayat Al-Quran Atau Hadith.
Seksyen 11. Mengajar Agama Tanpa Tauliah.
Seksyen 12. Pendapat Yang Bertentangan Dengan Fatwa.
Seksyen 14. Tidak Menunaikan Sembahyang Jumaat.
Seksyen 16. Tidak Membayar Zakat Atau Fitrah.
Seksyen 17. Menghasut Supaya Mengabaikan Kewajipan Agama.
Seksyen 18. Memungut Zakat Atau Fitrah Tanpa Kuasa.
Seksyen 19. Pembayaran Tak Sah Akan Zakat Atau Fitrah.
Seksyen 36. Memujuk Lari Perempuan Bersuami.
Seksyen 37. Menghalang Pasangan Yang Sudah Bernikah Daripada Hidup Sebagai Suami Isteri.
Seksyen 38. Menghasut Suami Atau Isteri Supaya Bercerai Atau Mengabaikan Kewajipan.
17. Mereka-mereka yang terbabit dengan
ajaran sesat dan jika disabitkan kesalahan disemua seksyen berkenaan
boleh didenda sehingga RM45,000.00 atau penjara sehingga 29 tahun! Atau
disebat! Tetapi akta yang ada ini tidak pernah digunapakai mengapa?
Kerana mereka yang ada dan boleh menggunakan kuasa ini tidak
melakasanakan nya.Saya yakin jika akta ini dilaksanakan dengan
sepenuhnya oleh merek yang diberi kuasa sudah tentu mereka yang ingin
menubuhkan atau mewujudkan satu ajaran sesat yang baru akan berfikir
banyak kali!
18. Oleh itu saya memohon kepada Allah
agar mereka yang diberi tugas dan tanggung jawab dapat menyelamatkan
wanita-wanita tersebut dari terus ditipu dan diperdaya secara rela dalam
terpaksa oleh mereka yang sentiasa berselindung disebalik ugama islam
dan menjerumuskan mereka kedalam pengaruh syaitan!
No comments:
Post a Comment