Kedudukan Kumpulan Pemuda Kahfi Atau Ajaran Bina Negara Islam (Ma'had Al-Zaytun)
Tarikh Keputusan:
27 Feb, 2009
Keputusan:
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang
1/2009 yang bersidang pada 27 februari 2009 telah membincangkan
kedudukan pemuda kahfi atau ajaran bina negara Islam (Ma'had Al-Zaytun).
Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
Mesyuarat bersetuju dengan pengharaman ajaran Kumpulan Pemuda Kahfi @
Ajaran Bina Negara Islam ( ma’had al-zaytun ) kerana bertentangan dan
menyeleweng daripada aqidah dan syariat Islam.
Negeri/Group:
Tempat
asal ajaran: Indonesia (Pondok Pesantren al-Zaitun, Indramayu, Jawa
Barat). Mula menular secara rahsia di Malaysia sejak 10 tahun lepas.
Modus Operandi
A)Pemilihan ahli
Setiap
individu yang telah terpilih menyertai organisasi ini hendaklah
menyerahkan nama-nama prospek baru yang difikirkan layak ke dalam
"database nama" untuk direkrutkan. Sebelum individu pengikut ajaran ini
dibenarkan berjumpa dengan sesorang prospek , pemimpin kumpulan atau
ulul amri akan meneliti senarai nama tersebut dan mengarahkan untuk
menjalankan proses Iqra' -1 . Proses ini adalah proses saringan untuk
menjamin survival kumpulan ini di masa hadapan. Berikut adalah ciri
-ciri individu yang diperlukan:
1.Tidak terlalu tua atau terlalu muda
2.Berharta
3.Sihat tubuh badan
4.Bukan anggota keselamatan
5.Kelihatan belum dipengaruhi sebarang ideologi lain
6.Tidak bekerja syif
7.Bukan seorang muallaf
Setelah
selesai melakukan perincian tersebut dan calon prospek melepasi
saringan ciri -ciri yang dikehendaki, ahli tersebut bolehlah membuat
proses Iqra' -2 dan membuat temujanji dengan prospek. Kali ini beliau
akan ditemani oleh orang lama organisasi ini yang bertindak sebagai
penampan bagi mematahkan hujah-hujah prospek. Al -Quran turut dibawa
bersama sebagai alat menguatkan hujah mereka. Di penghujung proses Iqra'
- 2 prospek akan ditawarkan mengikuti kelas pengajian tafsif Al Quran
secara percuma bagi menarik minatnya menyertai organisasi ini.
Berikut adalah sesi yang mesti dilepasi oleh seseorang individu sebelum layak mengikuti sesi hijrah pertama:
1.Sesi Silatulrahim
2.Sesi Akidah
3.Sesi Sunnah
4.Sesi Ibadah
5.Sesi Perlaksanaan
Sekiranya
prospek menunjukkan respon positif sepanjang berlangsungnya kesemua
sesi ini, mereka akan diuji bagi menilai tahap keyakinan mereka. Jika
dilihat seakan-akan menolak ,pentilawah akan mengulangi berpuluh kali
ayat yang sama dan melabelkan prospek sebagai orang kafir yang suka
tinggal di dalam tong najis sekiranya enggan berhijrah.
Di
dalam sesi perlaksanaan, prospek akan diminta membayar RM 1,500.00 dan
RM 70 infaq wajib untuk melayakkannya mengikuti kelas 'Sistem Pendidikan
Islam' (SPI) selama 6 bulan. Setelah wang diberikan, prospek akan
diminta membayar sejumlah lagi 'Wang Taubah'. Jumlahnya tidak ditetapkan
tetapi mengambil kira sebanyak mana dosa yang telah dilakukan sejak
lahir hingga sekarang.
Ada
yang membayar hingga RM 20,000.00 dan jumlah minimum yang ditetapkan
adalah sebanyak RM200.00. Mereka juga diingatkan supaya menyimpan wang
sebanyak RM 3,600.00 dan paspot antarabangsa untuk melawat ke Negara
Islam yang disebut-sebut sebagai negara Islam tulen yang telah wujud
tetapi tersembunyi.
Pada
program hijrah pertama, prospek diminta menunggu di transit seawal jam 5
pagi. Hal ini bagi mengelakkan daripada dikesan oleh pihak tertentu.
Prospek akan dijemput oleh seseorang dengan menaiki kereta atau van ke
tempat yang ditetapkan. Sebelum perjalanan dimulakan, mata prospek akan
ditutup.
Perjalanan
ini kononnya perjalanan ke "GUA". Perjalanan ke 'gua' tersebut tidaklah
terlalu jauh. Setelah semua yang terdiri daripada lelaki dan perempuan
dikumpulkan di 'gua', mereka diberikan taklimat ringkas tentang program
yang akan dijalankan pada hari tersebut.
Menjelang
jam 9 pagi, sesi hijrah bermula dengan sesi ta'aruf kepada wakil
pemimpin 'Negara Islam' (NI) . Setiap orang diminta berdiri untuk
membacakan lafaz baiah di hadapan 4 orang pemimpin NI tersebut. Majlis
berakhir jam 5 petang.
Kelas SPI bolehlah dibahagikan kepada 7 peringkat:
1.Kelas Sambutan
2.Kelas Persediaan Asas District - PAD
3.Kelas P3D
4.Kelas PDU 1
5.Kelas PDU 2
6.Sejarah Am
7.Sejarah Khusus
B) Method Dakwah
Setiap
individu diwajibkan membawa tafsir Al Quran setiap kali program
berlangsung. Ahli lelaki dikehendaki berkemeja lengan panjang, bertali
leher, berseluar panjang dan berkasut. Mereka mendakwa jubah adalah
pakaian Rasulullah sesuai dengan keadaan masyarakat pada waktu hidup
baginda. Manakala pakaian umum yang sesuai dengan keadaan sekarang ialah
kemeja.
Bagi
perempuan pula, cukup dengan berpakaian kemas. Sementara menunggu sesi
dimulakan, setiap ahli dikehendaki menyerahkan wang program ( rujuk ayat
58:12) ke dalam sampul yang disediakan. Kemudian sesi diteruskan dengan
semakan hafazan setiap individu mengikut peringkat yang ditetapkan.
Setelah selesai, pimpinan NI meneruskannya dengan mengarahkan ahli
membaca ayat tertentu daripada surah tertentu. Kemudian ahli diminta
supaya memberi pendapat mengikut fahaman mereka tentang ayat tersebut.
Setiap
ahli juga akan disoal bertalu-talu untuk menilai kefahaman mereka.
Kebiasaannya tidak akan ada seorang pun yang menjawab mengikut seperti
yang dikehendaki oleh ajaran ini. Sebarang persoalan dibenarkan untuk
diajukan. Keadaan ini seolah menunjukkan pimpinan bersikap terbuka
tetapi jika ada yang berani bertanya, individu tersebut akan disindir
dan diherdik kerana cuba menjadi pengacau di dalam kelas tersebut.
Sebelum kelas berakhir, setiap ahli dikehendaki menyampaikan kesan dan
pesan daripada program tersebut kemudian ditulis di atas kertas untuk
direkodkan. Program berakhir jam 11 malam.
C) Infaq
Infaq
merupakan elemen terpenting dalam menentukan tahap keimanan individu
yang terlibat dalam organisasi ini. Setiap ahli dikehendaki membayar
jumlah infaq yang berbeza mengikut tahap dan peringkat tertentu. Alasan
yang diberikan ialah di dalam negara yang batil yang diduduki mereka
sekarang ini pun bermacam cukai dan benda yang mesti dibayar. Oleh itu,
untuk membina Negara Islam lebih banyak wang diperlukan. Ini kerana
Allahlah yang meminta anda berjihad harta dan diri sebelum diangkat
darjat olehNYA. Antara infaq yang ditetapkan ialah:
1.Harakah Ramadhan
2.Infaq individu
3.Harakah Korban Aidil Adha
4.Infaq Pendidikan
5.Infaq Projek Mega
6.Infaq Taifah ( pentadbiran pejabat kumpulan)
7.Granite
8.Sedekah Program Khas (Ta'lim Ta'lum)
9.Intisodiah
Bayaran
lain pula adalah didakwa untuk menampung kos-kos seperti aktiviti
setiap minggu, program kepimpinan, SMS, pengangkutan, kos sewa bangunan
,bil air dan elektrik, barang –barang pejabat dan stationery.
Pembelian
wajib juga diadakan oleh ulul amri seperti frozen food, jus minuman,
minyak angin ,kuih muih dan sebagainya di mana ianya amatlah membebankan
ahli. Jumlah keseluruhan boleh dianggarkan sekitar RM 1,000.00 sebulan
yang wajib dijelaskan tanpa memberi sebarang alasan.
Jika
beralasan, maka akan dibacakan ayat-ayat tertentu bagi menambahkan
keyakinan ahli. Ini tidak termasuk kos persediaan berhijrah ke NI iaitu
RM 3,600.00 yang mesti di jelaskan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
D) Aqidah dan Manhaj
1.
Membahagikan tawhid itu kepada 3 bahagian, iaitu tawhid
Rubbubiyah,tawhid Mulkiyyah dan Tawhid Ubudiyyah. Tawhid Rubbubiyah
merujuk kepada Rabbi iaitu aturan dan sandaran perlembagaan Negara Islam
berdasarkan (Al Quran dan As Sunnah). Tawhid Mulkiyyah merujuk kepada
kawasan dan wilayah kekuasaan Negara Islam. Tawhid Ubudiyyah merujuk
kepada penganut ,rakyat dan warganegara Islam.
2. Segala aturan,perintah dan arahan dari Negara Islam (NI) adalah sama dengan arahan Allah yang wajib dipatuhi.
3. Semua pekerja NI adalah malaikat di sisi Allah.
4.
Kerasulan dan kenabian tidak berakhir dengan alasan setiap orang yang
menyampaikan da'wah Islam dianggap juga sebagai Rasul Allah.
5.
Al Quran diakui sebagai wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad,
namun manusia mempunyai kebebasan untuk menta'wil dan mentafsir mengikut
logika mereka baik ayat-ayat muhkamat mahupun mutasyabihat.
6. Hari Qiamat adalah hari kebangkitan dan kemenangan mereka untuk isytihar futuh ( pembukaan Mekah) .
7.
Solat terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu solat actual dan ritual. Solat
yang lebih utama ialah solat actual iaitu segala bentuk aktiviti
,program yang ditetapkan oleh NI. Solat ritual ialah solat lima waktu
tidak diwajibkan hingga setelah futuh.
8.
Melakukan solat actual adalah bukti laksanakan Negara Islam yang haq
dan ibadat paling utama dalam ajaran ini. Antaranya merekrut ahli baru,
hafazan ayat Al Quran, mengumpul dana, menjana program dan menjadi umat
Islam sepenuhnya dengan berhijrah ke Negara Islam (dengan cara
bersyahadah dan berbai'ah kepada pimpinan NI).
9.
Menghalalkan apa jua cara bagi melaksanakan matlamatnya termasuk
menipu, mencuri barang milik keluarga sendiri,syarikat dan kawan-kawan
yang di luar golongan mereka kerana untuk memenangkan agama Allah.
10.
Orang yang berada di luar golongan mereka adalah kafir ,munafik dan
musyrik tidak kira sama ada mereka itu termasuk ibu bapa, adik beradik,
mahupun golongan ulama kerana mereka bukan warganegara Islam tetapi umat
demokrasi.
11.
Jika berlaku sebarang perlanggaran syariat Islam yang ditetapkan mereka
akan dikenakan 'dam' yang harus dibayar dengan wang ringgit.
12. Dosa juga boleh ditebus dengan membayar "wang taubah".
13.
Ibadat korban bukanlah dengan menyembelih haiwan ternakan tetapi dengan
mengorbankan wang ringgit dan harta benda bagi pembangunan NI.
14.
Haram mengahwini pasangan yang di luar golongan mereka kerana ibarat
berkahwin dengan orang kafir maka tidak sah perkahwinannya.
15.
Negara Malaysia dianggap Mekah dan NI dianggap Madinah. Hanya yang
telah berhijrah dan menjadi warganegara NI layak dipanggil umat Islam.
16.
Syurga di akhirat hanya layak untuk mereka yang telah Islam iaitu
kepada yang telah menjadi warganegara NI. Sebelum mendapat syurga di
akhirat hendaklah terlebih dahulu mendapat 'syurga' di dunia .
17.
Lailatul Qadar adalah hari diturunkan Al Quran kepada pengikut yang
baru dalam sesi hijrah pertama. Ia menunjukkan Allah maha adil kerana
Lailatul Qadar yang difahami sekarang hanya pada mereka yang bernasib
baik dan berlaku sekali dalam setahun.
18.
Isra' dan Mikraj merujuk kepada seseorang 'rasul' (dalam tafsiran no. 4
di atas) bertemu dengan pemimpin tertinggi dalam struktur organisasi
NI.
19. Menutup aurat tidak diwajibkan kepada semua pengikutnya dengan alasan mereka adalah golongan kahfi ( ahli gua) .
20.
Setiap pengikut diwajibkan berjihad harta dan diri. Membayar infaq yang
ditetapkan setiap bulan dan sanggup menjadi kuda orang suruhan ulul
amri mereka dengan taat setia
21. Harta milik pengikut mereka adalah milik Allah dan hendaklah diserahkan apabila diminta berbuat demikian.
22.
Mengerjakan haji bukanlah satu ibadat kerana tujuan Rasulullah ke Mekah
adalah untuk menakluk Mekah dengan berselindung disebalik mengerjakan
ibadat haji.
23.
Pengagihan wang zakat bukanlah semata-mata kepada asnaf yang ditetapkan
tetapi juga boleh digunakan untuk pembangunan prasarana NI.
24. Rasulullah tidak mempunyai apa-apa mukjizat selain Al Quran.
25.
Rasulullah bukan 'Ummi' kerana mustahil seorang cucu pembesar Mekah
buta huruf.
Rasulullah menulis sendiri ayat-ayat Al Quran yang
diwahyukan kepadanya.
26.
Nama sebenar Nabi Muhammad ialah Ahmad. Muhammad merujuk kepada suatu
'Lembaga Kerasulan Muhammad' yang berperanan sebagai kumpulan dakwah
Islam di zaman Nabi Muhammad.
27. Yang menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhamad bukanlah Malaikat Jibrail tetapi kumpulan pemuda "kahfi" di zaman itu.
28.
Sunnah bukanlah merujuk pada segala tingkah laku dan amalan Rasulullah
dalam beribadat tetapi turun dan naiknya gelombang kejatuhan dan
tertegaknya negara Islam dari Adam hinggalah terakhir, kerajaan Turki
Othmaniah.
29.
Bukti gerakan ini di landasan yang hak adalah merujuk kepada ayat Allah
yang menjadikan bumi ini dalam 6 masa. Ia ditafsirkan sebagai fasa
(framework) yang mesti dilalui oleh sesebuah Negara Islam dalam 6
peringkat sebagai contoh:
1) Kondisi Mekah
2) Kahfi Pertama
3) Isytihar Negara Islam
4) Kahfi Kedua
5) Futuh atau Pembukaan Mekah
6) Perluasan (penyebaran ke seluruh dunia)
30. Hadis Rasullullah hanyalah satu cerita kosong yang tiada kena-mengena dalam perlaksanaan ibadat dan mendirikan Negara Islam.
31.
Hukum menyentuh kitab Al Quran tidak perlu berwuduk, malah ia boleh
dilontar, dipijak, dihempas dan diludahi kerana ia adalah buatan
manusia. Yang lebih penting ialah melaksanakan isi kandungannya daripada
meghormati rupa bentuknya.
32
Rasulullah tidak maksum dan pernah melakukan banyak dosa tetapi tidak
diceritakan dalam sejarah. Mustahil Rasullullah dapat berdakwah pada
orang seperti Umar Al Khattab jika peribadi baginda berbeza dengannya.
E) Kesimpulan
Sebagai
kesimpulannya, Ajaran Pemuda Kahfi ini bukanlah ajaran Islam seperti
yang diperjuangkan atau dilaung-laungkannya. Ia adalah satu aliran agama
palsu dan baru yang bertopengkan ajaran Islam bagi mengelirukan
pengikutnya yang jahil tetapi dahagakan ilmu agama . Ia dikesan
menggunakan metod pemikiran golongan Islam Liberal dan Anti Hadis dalam
membuat tafsiran ayat-ayat al-Quran.
Kepada
sesiapa yang terlibat dan masih aktif, segeralah bertaubat. Kepada yang
belum terlibat, berhati-hatilah dengan perangkap mereka.
Panji Gumilang menjadi tersangka kasus pemalsuan dokumen dan dijerat pasal 263 dan 266 KUHP tentang pemalsuan surat . Panji terancam hukuman 7 – 8 tahun penjara. Panji dilaporkan, Mantan Menteri Negara Islam Indonesia (NII), Imam Supriyanto karena merasa bahwa dalam surat pengunduran dirinya tersebut terdapat tanda tangan palsu.Selain pemalsuan, Panji juga dilaporkan dengan tuduhan maker, terkait dengan NII Komandemen Wilayah IX. Namun, pengusutan kasus maker belum ada perkembangan.
Laporan Imam tidak dapat dianggap remeh. Sebagai mantan menteri NII, Imam tahu betul sepak terjang Panji Gumilang. Alasan sakit memang salah satu cara menghindari dari pemeriksaan. Karena saat diperiksa sebagai saksi, Panji Gumilang, masih segar bugar. Bahkan Ia menegaskan akan memberikan semua keterangan atas tuduhan itu. Namun setelah di periksa 13 jam dan ditetapkan sebagai tersangka, Panji tak bisa lagi mengelak.
Upaya mengerahkan massa , semakin menunjukan Panji Gumilang patut diperhitungkan. Massa yang tumpah ruah di lapangan Bhayangkara, Mabes Polri datang bukan tanpa perintah. “Ketaatan” mereka, membuktikan Panji Gumilang, memiliki power. Sebagai seorang pimpinan pesantren, Panji tidak banyak bergaul dengan ulama. Bahkan Al Zaytun boleh dibilang sangat “tertutup”. Pesantren yang berdiri di Indramayu, Jawa barat itu, tak ubahnya tangsi militer. Setiap tamu yang datang harus menjalani prosedur pemeriksaan, mirip saat berkunjung ke komplek militer. Aturan itu jelas berbeda dari Pesantren pada umumnya.
Panji Gumilang dilantik Adah Djaelani menjadi ketua NII KW IX pada 1993. Panji, saat itu dikenal dengan sebutan Abu Toto Abdus Salam. Selain nama Abu Toto, Panji Gumilang juga memiliki sederet nama alias, diantaranya Abu Bakar Alias Prowoto alias Abu Maariq. Dalam dokumen yang ditemukan Forum Ulama Umat Indonesia, jelas disebutkan keterlibatan Panji Gumilang terkait kegiatan makar. Bahkan dokumen itu juga mencatat konflik internal antara Panji Gumilang dengan perwira militer NII KW IX hingga peta wilayah negara NII. Tak ada salahnya Polisi menyelidiki laporan mantan menteri NII, Imam Supriyanto, dengan dokumen FUUI, yang sempat terbengkalai.
Panji Gumilang yang disapa santrinya dengan sebuta Syekh itu, tak
perlu sakit jika merasa benar, dan tidak memalsukan dokumen akta
pendirian YPI. Sikap menghindar dari pemeriksaan, dengan alasan sakit,
seperti tersangka korupsi lainnya, secara tidak langsung menunjukan
kepada public, bahwa ia bersalah. Panji pun kini tak Gumilang. (nov)
Maahad al-Zaytun : Panji ‘Tak Lagi’ Gumilang
Oleh: Raihan
Jakarta, FaktaPos.com – Dua kali mengkir dari panggilan Mabes Polri, Pimpinan Pondok Pesantren Al Zaytun, Panji Gumilang, justru mengerahkan ribuan pendukungnya. Panji, kembali “absent” pemeriksaan dengan alasan sakit. Ia mengalami gejala penyakit jantung. Kondisi kesehatan, tersangka pemalsuan dokumen akta pendriian Yayasan Pesantren Indonesia , belum membaik. Keterangan itu berdasarkan hasil pemeriksaan terakhir dokter poliklinik di Pondok Pesantren Al Zaytun, yang dipimpinnya.
Jakarta, FaktaPos.com – Dua kali mengkir dari panggilan Mabes Polri, Pimpinan Pondok Pesantren Al Zaytun, Panji Gumilang, justru mengerahkan ribuan pendukungnya. Panji, kembali “absent” pemeriksaan dengan alasan sakit. Ia mengalami gejala penyakit jantung. Kondisi kesehatan, tersangka pemalsuan dokumen akta pendriian Yayasan Pesantren Indonesia , belum membaik. Keterangan itu berdasarkan hasil pemeriksaan terakhir dokter poliklinik di Pondok Pesantren Al Zaytun, yang dipimpinnya.
Meski tak memenuhi panggilan polisi, tapi simpatisan dan pendukung
Panji Gumilang, yang mengatasnamakan Masyarakat Indonesia Membangun
(MIM), Kamis (14/07) mendatangai Bareskrim Polri. MIM merupakan
organisasi yang anggotanya terdiri dari alumnus dan orang tua santri Al
Zaitun, menuntut penghentian kasus yang menjerat Panji Gumilang, dan
membebaskan orang kepercayaannya, Abdul Halim, yang ditahan sejak awal
Juli lalu. Massa juga meminta Polri merehabilitasi nama baik Panji yang
sudah berusia 65 tahun itu.
Massa yang menggelar aksi longmarch,
menyusuri jalanan ibukota itu, membentangkan spanduk berisi pesan
“Hentikan Pendzaliman Terhadap Pimpinan Pondok Pesantren Al-Zaytun,
Panji Gumilang” dan “Berikan Pengasuh Pondok Pesantren Al-Zaytun
Keadilan dan Jangan Terus Difitnah karena Mereka sedang Mengemban Amanah
Bangsa dan Negara, Mendidik dan Mencerdaskan Bangsa”. Entah apa yang
dimaksud dengan pendzaliman dan fitnah yang dimaksud pengunjukrasa.
Panji Gumilang menjadi tersangka kasus pemalsuan dokumen dan dijerat pasal 263 dan 266 KUHP tentang pemalsuan surat . Panji terancam hukuman 7 – 8 tahun penjara. Panji dilaporkan, Mantan Menteri Negara Islam Indonesia (NII), Imam Supriyanto karena merasa bahwa dalam surat pengunduran dirinya tersebut terdapat tanda tangan palsu.Selain pemalsuan, Panji juga dilaporkan dengan tuduhan maker, terkait dengan NII Komandemen Wilayah IX. Namun, pengusutan kasus maker belum ada perkembangan.
Laporan Imam tidak dapat dianggap remeh. Sebagai mantan menteri NII, Imam tahu betul sepak terjang Panji Gumilang. Alasan sakit memang salah satu cara menghindari dari pemeriksaan. Karena saat diperiksa sebagai saksi, Panji Gumilang, masih segar bugar. Bahkan Ia menegaskan akan memberikan semua keterangan atas tuduhan itu. Namun setelah di periksa 13 jam dan ditetapkan sebagai tersangka, Panji tak bisa lagi mengelak.
Upaya mengerahkan massa , semakin menunjukan Panji Gumilang patut diperhitungkan. Massa yang tumpah ruah di lapangan Bhayangkara, Mabes Polri datang bukan tanpa perintah. “Ketaatan” mereka, membuktikan Panji Gumilang, memiliki power. Sebagai seorang pimpinan pesantren, Panji tidak banyak bergaul dengan ulama. Bahkan Al Zaytun boleh dibilang sangat “tertutup”. Pesantren yang berdiri di Indramayu, Jawa barat itu, tak ubahnya tangsi militer. Setiap tamu yang datang harus menjalani prosedur pemeriksaan, mirip saat berkunjung ke komplek militer. Aturan itu jelas berbeda dari Pesantren pada umumnya.
Panji Gumilang dilantik Adah Djaelani menjadi ketua NII KW IX pada 1993. Panji, saat itu dikenal dengan sebutan Abu Toto Abdus Salam. Selain nama Abu Toto, Panji Gumilang juga memiliki sederet nama alias, diantaranya Abu Bakar Alias Prowoto alias Abu Maariq. Dalam dokumen yang ditemukan Forum Ulama Umat Indonesia, jelas disebutkan keterlibatan Panji Gumilang terkait kegiatan makar. Bahkan dokumen itu juga mencatat konflik internal antara Panji Gumilang dengan perwira militer NII KW IX hingga peta wilayah negara NII. Tak ada salahnya Polisi menyelidiki laporan mantan menteri NII, Imam Supriyanto, dengan dokumen FUUI, yang sempat terbengkalai.
No comments:
Post a Comment